Thursday 12 May 2016

PENDIDIKAN PENGURUSAN KEWANGAN


Mata pelajaran akaun secara zahirnya hanya mengajar untuk menghitung lajer sahaja. Belanja positif dan negatif. 

Di sekolah murid diajar untuk berjimat cermat. Tetapi tidak diajar pengurusan kewangan. 

Pelajar semakin pandai. Pemegang ijazah semakin ramai. Tetapi kenapa ramai yg muflis? 
Sebab nya tiada kesedaran tentang Financial Management (saya guna bahasa inggeris sebab anda lebih faham maksudnya)  dan juga behavior dalam berbelanja. 

Kesedaran perlu dipupuk sedari kecil lagi. Ada satu kajian tentang behavior kanak-kanak tentang keinginan. Cuba search DELAY GRATIFICATION di google. 

Simple test sahaja. Situasi dimana 10 org kanak-kanak diberikan marshmellow atas meja mereka.  Setiap seorang dapat satu ketul. 

Professor yg buat kajian itu meletakkan pilihan. ANDA boleh makan jika anda mahu, tetapi jika anda dapat menahan diri untuk tidak makan marshmellow itu dalam tempoh 10 minit, anda akan dapat extra 1 ketul lagi.  

SELEPAS 10 minit,  ada separuh yang makan sebelum habis masa, 

Dan ada separuh yang dapat tunggu hingga 10 minit tanpa makan. Seperti yang dijanjikan, dia dpt extra 1 ketul lagi. 

Moralnya di sini? DELAY GRATIFICATION ada satu konsep menahan keinginan yg mampu diraih pada waktu sekarang tetapi jika ditahan, REWARD nya akan lebih berganda. 

Kebanyakan anak muda zaman sekarang ingin memiliki sesuatu dgn cepat. 
Ingin kereta, gaya hidup, fesyen, kemewahan dan lain-lain dengan cepat. 

Tapi jika dapat ditahan keinginan itu dan focus kan utk menyimpan, melabur, bina kerjaya, kumpul aset, bersedekah, berdakwah, reward yg akan dtg pada kita akan lebih banyak daripada merasai nya terlebih dahulu.

In sya Allah, jika kita didik anak-anak  dari kecik dengab tabiat begini, kelak dewasa, mereka akan jadi insan bijak dalam financial dan mengurus kehidupan.  Ameen.

0 komen pembaca:

Post a Comment

 

AL-FATH KIDS CENTRE, SP10 SAUJANA PUTRA Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting