Friday 8 April 2016

KEHIDUPAN PENUH WARNA WARNI



IBU BAPA PERLU BERI HAK ANAK-ANAK MENJALANI KEHIDUPAN YANG PENUH WARNA-WARNI. 

Perkongsian daripada #KakHasanah
https://telegram.me/kakHassanah

Selama lebih 50 kali saya naik tren,

Kali ini rasa nak gelak guling-guling. 😂

Pertamanya,

Tengah khusyuk baca buku karya sendiri, #PersepsiTerbiarSepi.

Lepas tu nampak ada seorang adik depan, asyik panjat sini sana. Padahal muka dah macam sekolah menengah dah. Wallahualam. 😂

Saya ingatkan saya seorang saja yang perhati, lepastu kakak seat belakang dia tepuk bahu saya dari arah belakang,

" Awak.. Awak berani tak tegur adik lelaki depan tu ?"

Saya geleng je senyum haha. 
😂

Muka surat demi muka surat dibaca, masih lagi adik tu panjat dekat atas (pemegang hat penumpang pegang kalau berdiri) tu haa. Saya perati ja, dalam hati entah nak gelak ke nak marah. 😂

Tidak lama tu ada satu pengumuman dari driver tren barangkali. 

" Perhatian kepada adik baju kuning merah tu. Jangan panjat-panjat. Nanti adik jatuh. Sekian terima kasih."

Hahahhaha.. 😂

Habis gelak satu tren.

Dari depan sampai belakang.

Dari hujung hingga ke hujung.

Bayangkan speaker dekat tren semua manusia dengar kot. 

😂

Masya-Allah.

Walau apapun, saya terhibur dengan adik itu. Mungkin dia baru dalam 13,14 tahun, wallahualam.

Sebab apa saya tidak tegur marah adik tu ? Walaupun bahu saya ditepuk oleh kakak dari seat belakang ?

Sebab saya teringat dulu sewaktu saya hadiri satu majlis motivasi seorang sahabat di Sabah, ada seorang budak lelaki ni dia asyik diam je, lepastu dia lukis-lukis dekat buku latihan. Taknak fokus pada motivasi di depan. Guru pelajar tu nampak, dan guru itu pun marah-marah budak yang melukis itu.

Kemudian sahabat saya, yang beri motivasi ketika itu dia katakan pada cikgu tadi. 

" Tak mengapa cikgu. Biarkan dia. "

Selesai sesi motivasi, saya tanya sahabat saya, kenapa awak bela budak tu ? Kenapa awak tak bela cikgu tu ? 

Satu jawapan dia yang buat saya terdiam dan berfikir,

" Kanak-kanak ada 'dunianya' sendiri. Biarkan kanak-kanak 'menghabiskan' sisa kanak-kanak mereka dengan riang dan cara tersendiri. Sebab bila berganjak dewasa, keriangan kanak-kanak itu mereka tidak rasai lagi. "

Bila saya kerut dahi, dia sambung lagi,

" Asalkan tidak keterlaluan. "

Dan saya rasa, budak lelaki tadi tidaklah keterlaluan sangat. Itu dunianya.

Kadang-kadang orang yang cipta kenangan 'nakal' masa kecil inilah orang yang 'cerah' masa depan. 

Sebab dari 'kenakalan' itulah membuatkan pengalaman mereka semakin banyak dan banyak sehingga mereka tahu menilai pengalaman mana yang boleh 'dibentuk' secara positif kepada generasi seterusnya. 

Teringat cerita ayah,

" Ketua polis tu dulu bekas pelajar ayah paling samseng selama ayah mengajar. "

Terkedu saya tak percaya. 

Kerna yang terbaik bukan permulaan manusia. Tapi pengakhiran manusia.

Adik,
Terima kasih buat akak senyum hari ini.

😊

=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•

Dari sudut pendidikan awal kanak-kanak, ada istilah yang digunakan iaitu BELAJAR MELALUI BERMAIN. 

Pendekatan ini merupakan satu kaedah pengajaran yang dapat mendekatkan anak-anak pada pengalaman sebenar kehidupan.

Contohnya semasa bermain masak-masak. Mereka berMAIN PERANAN seolah-olah menjadi seorang Chef yang membayangkan memasak makanan yang sedap-sedap.

Atau pon bermain kereta. MAIN PERANAN seolah-olah menjadi pelumba kereta dan mekanik. Membaiki tayar dan sebagainya. 

Dari sudut sains, kaedah begini dapat menanamkan satu sifat berimaginasi yang tinggi dan dapat dikaitkan dalam kehidupan seharian anak-anak dalam mengumpul pengalaman yang akan digunakan kelak.

Pengalaman begini akan di simpan dalam SUBCONCIOUS MIND (MINDA BAWAH SEDAR) yang dapat membantu membentu jati diri dan keyakinan mereka. 

Kanak-kanak umpama kain putih. Tugas ibu bapa adalah mencorakkan mereka sebaiknya.

Kami di AL FATH KIDS CHILDCARE CENTRE BANDAR SAUJANA PUTRA  menyediakan pusat perkembangan kanak-kanak seawal usia 2 bulan hingga 4 tahun.

Sebarang pertanyaan lanjut : sila hubungi 
Teacher Hidayah 0111-0766 196 / 017-7796 320

=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•
5 SEBAB KENAPA AL FATH KIDS CHILDCARE CENTRE BANDAR SAUJANA PUTRA MENJADI PILIHAN IBU BAPA


1) Pengusaha berpengalaman lebih daripada 5 tahun dalam industri Pendidikan Awal Kanak-kanak. 

2) Pengasuh berkelayakan dan mendapat sijil pengesahan dari PERMATA. 

3) Sistem asuhan berteraskan SUNNAH NABI SAW dan amalan rutin bacaan serta HAFALAN AYAT-AYAT LAZIM.

4) Pengambilan KEMASUKAN mengikut KUOTA JKM.

5) Aktiviti PLAY SCHOOL mengikut kesediaan pembelajaran anak-anak. 

6) SUASANA premis KONDUSIF membuatkan anak-anak seperti berada di rumah.

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan Pengurus Cawangan : Teacher Hidayah 0111-0766 196 / 017-7796 320 

0 komen pembaca:

Post a Comment

 

AL-FATH KIDS CENTRE, SP10 SAUJANA PUTRA Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting